SPANA (SPANNERS)
PENGENALAN :
Spana adalah alat:
- Digunakan untuk memutarkan bahagian pengancing yang berbenang.
- Dibuat sama ada dengan mempunyi rahang atau terbuka bagi disesuaikan pada nut
- dan kepala sekeru yang bersegi empat atau bersegi enam
- Diperbuat daripada bahan tensile tinggi atau keluli pancalogam (alloy steel).
- Yang diberi rawatan haba dan dibuat secara drop forged supaya ianya teguh.
- Yang mempunyai permukaan yang licin bagi memudahkan untuk memegangkannya.
Spana mempunyi berbagai bentuk bagi kemudahan mengendalikan nya didalam keadaan yang berlainan.
Pada asasnya ia mempunyi empat jenis :-
* Open end spana.
* Tube atau tubuler box spana.
* Socket spana.
* Ring spana.
Mengunakan spana dengan cara yang betul adalah :
- Dapat masuk kedalam kepala bolt atau nut dengan tepat saiznya.
- Ada mempunyi ruang untuk mengunakanya.
- Akan membenarkan kerja dilakukan dengan jangka masa yang pendek.
NOTA: Orang-orang Amerika memanggil alat ini "Wrenches".
Bila mengunakan spana jenis open end dan jenis ring adalah dengan menarikkan pada batang spana tersebut. Cara menarik adalah cara yang lebih selamat oleh kerana besar kemunkinan daripada terhentuk sendi sendi jari tangan anda. Sekiranya spana atau nut tersebut terbuka atau berpusing dengan cara tiba tiba. Jika terpaksa juga bagi membuka nut dengan cara menolakkan nya, gunakan telapak tangan anda dan pastikan telapak tangan anda terbuka.
Gunakan kedua dua belah tangan anda diatas spana yang saiznya besar.Anda mestilah sentiasa didalam.keadaan seimbang dan tetap bagi mengelakkan daripada tergelincir jika sekiranya spana bergerak secara tiba tiba. Jika sekiranya ada kemunkinan anda dari jatuh, dapatkan sesuatu untuk dipegang atau menahan.Gunakan kedua dua belah tangan anda bagi memutarkan spana jenis tubular box.Gunakan dua spana seperti rajah sebelah untuk menahan kepala bolt daripada berpusing apabila nut diikat.Spana soket digunakan dengan alat penambah (aksosoris) yang mana ia mempunyi hujung pemandu segi empat. Hujung pemandu dibuat didalam rangkaian saiz dari suku inci segiempat hingga satu inci segiempat.Oleh kerana aksosoris dan alat penambah boleh didapati didalam berbagai rangkaian, set soket adalah alat yang digunakan untuk berbagai kegunaannya.
PENGENALAN DAN SAIZ PADA SPANA
Saiz pada spana boleh diketahui dengan penyesuaian oleh nut dan bolt tersebut. Jarak lintang antara tepi rata pada nut atau bolt tergantong pada kedua-dua saiz dan sistem bebenangnya.Ia mempunyi tiga sistem bebenang perlu diambil kira.
* BRITISH SYSTEM
Saiz nominal pada bolt adalah digunakan untuk mengenalpasti saiz pada spana.Spana yang sesuai bagi bolt British Standard yang mempunyi saiz setengah inci garispusat nominal saiznya (melintang diatas pada benangnya) akan mempunyi tanda pengenalan 1/2 BS.Spana yang sesuai bagi bolt kerja berat siri British Standard Whitworth yang mempunyi saiz tujuh enam belas dari satu inci garispusat nominal saiz akan mempunyi tanda pengenalan 7/16 W.Oleh itu spana siri BS 1/2 inci dan siri W 7/16 inci mempunyi sais spana yang sama.Spana British Association dibuat bernombor dan diikuti dengan huruf BA.
* UNIFIED STANDARD SYSTEM
Spana bagi bolt Unified ditanda:
Mempunyi nombor berasaskan diatas persamaan titik perpuluhan pada saiz pecahan nominal melintang diantara tepi rata pada segi enamnya dan diikuti dengan tanda AF misalnya. 50 AF.atau dengan saiz pecahan melintang diantara tepi rata dan diikuti dengan tanda AF, Misalnya 1/2.
* METRIC STANDARD SYSTEM
Spana jenis metric mempunyi penandaan dikedua dua belah rahangnya dan diikuti dengan abjad mm. misalnya. 15 mm.
SPANA BERLARAS (ADJUSTABLE SPANNERS)
Kebanyakan sepana berlaras yang paling biasa ada lah sama dengan jenis spana open end, tetapi ia mempunyi satu rahang yang boleh digerakan. Spana jenis ini (gambar sebelah) mempunyi saiz 250mm ia boleh dilaraskan rahang pada kosong hingga 28.5mm.Spana berlaras ini mempunyi saiz panjangnya yang berangkaian dari 100mm hingga 760mm. Jenis seperti gambar disebelah mempunyai set rahang bersudut 22 1/2 darjah dari tangkainya.Spana berlaras amat mudah digunakan dan dibawa kemana mana dimana spana jenis berset agak berat dan susah dibawa kemereta tempat.Kegunaan spana berlaras digunakan apabila spana saiz yang tetap tiada boleh didapati.Selain dari sebab ini ia digunakan untuk saiz saiz yang ganjil.Gunakan spana berlaras dengan betul seperti rajah sebelah. Pastikan pada rahang yang bergerak berada disebelah arah pusingan.
SPANA BERCANGKOK 'C' ('C' HOOK)
Spana bercangkok "c" mempunyai mata lug bagi disesuaikan didalam pemotongan lurah pada bahagian luar nut. Permukaan "c" diletakan pada sebahagian permukaan nut dan arah yang hendak di pusingkan.Spana bercangkok "c" berlaras mempunyai bahagian bercangkok yang bersendi (pivots) bagi disesuaikan dengan nut yang berangkaian garispusatnya. Ia mempunyai tiga set bagi melengkapi kerja kerja yang bergarispusat dari 19mm hingga 120mm.Jangan sekali kali mengunakan wrench atau spana yamg mempunyai saiz tidak sesuai.
SPANA BAGI PERKERJAAN BERAT (HEAVY
DUTY)
a. Spana Podger
Spana tersebut adalah mempunyai bentuk tangkainya yang panjang, bulat dan tirus. Batang yang runcing itu digunakan untuk mendapatkan penjajaran lobang pada kompenan yang perlu dibersambong.Spana tersebut mempunyai bentuknya sama ada dalam ring atau terbuka.
b. Spana ketuk (Striking)
Spana ketuk mempunyai rupabentuk yang kukuh dengan permukaan batang bersegi empat untuk ketukkan dibuat dengan mengunakan penukul sledge atau club. Ianya digunakan pada membuka nut yang besar dan ruang yang terhad.
WRENCHES
a. WRENCHES STILLSON PIPE.
Alat wrenches in digunaka untuk kerja kerja mengancing dan memusingkan paip yang
b. WRENCHES FOOTPRINT PIPE
Ianya digunakan untuk mengancing dan memusingkan paip dan bendakerja berbentuk bulat. Kususnya pada tempat yang terhad.
c. WRENCHES TENSION ATAU TORQUE
Alat wrenches ini bertindak sebagai peralatan had torque, bagi memusingkan nut pada darjah kemampuan bagi keketatanya. Supaya dapat mengelakan daripada bahagian pengancing patah. Ianya juga digunakan untuk mengelakan berlakunya tidak seimbang pada alat komponen yang mengunakan bahan pengancing (Bolt) yang banyak dimana berkemunkinan berlakunya ikatan yang tidak seimbang umpamanya Kepala silinder pada enjin.
d. WRENCHES SOKET SEGIENAM ATAU ALLEN
Alat wrench ini adalah dari alat keluli segienam dan dibengkokkan kebentuk "L", kadang kala ia dikenali sebagai ALLEN KEYIanya digunakan untuk memutarkan sekeru set yang mempunyai soket dalam bersegi enam.