Selasa, 15 Mei 2012

SPANA (SPANNERS)

 
PENGENALAN :

 
Spana adalah alat:

  1. Digunakan untuk memutarkan bahagian pengancing yang berbenang. 
  2. Dibuat  sama  ada dengan mempunyi  rahang atau  terbuka  bagi disesuaikan  pada nut  
  3. dan kepala sekeru yang bersegi  empat  atau bersegi enam  
  4. Diperbuat daripada bahan tensile tinggi atau keluli pancalogam (alloy steel).  
  5. Yang  diberi rawatan  haba  dan dibuat  secara drop forged   supaya ianya teguh. 
  6. Yang  mempunyai  permukaan  yang licin    bagi   memudahkan    untuk memegangkannya.
 
Spana mempunyi berbagai bentuk bagi kemudahan     mengendalikan     nya  didalam  keadaan  yang   berlainan. 

 
Pada   asasnya  ia  mempunyi  empat jenis :-

 
*  Open end spana.

 
*  Tube atau tubuler box spana.

 
*  Socket spana.

 
*  Ring spana.

 
Mengunakan  spana dengan cara  yang betul adalah :

 
  1. Dapat masuk kedalam kepala bolt atau  nut dengan tepat saiznya. 
  2. Ada   mempunyi    ruang   untuk mengunakanya.
  3. Akan     membenarkan      kerja dilakukan   dengan  jangka masa yang  pendek.
 
NOTA:     Orang-orang    Amerika memanggil alat ini "Wrenches".

 

 
Bila  mengunakan  spana jenis  open end  dan jenis ring  adalah  dengan menarikkan   pada batang   spana tersebut.  Cara menarik adalah cara yang  lebih  selamat oleh   kerana besar kemunkinan daripada terhentuk sendi   sendi  jari  tangan   anda.  Sekiranya  spana atau nut  tersebut terbuka atau berpusing dengan  cara tiba tiba. Jika terpaksa juga bagi membuka nut dengan cara menolakkan nya, gunakan telapak  tangan  anda dan  pastikan telapak tangan anda terbuka.

 
Gunakan kedua dua belah tangan anda diatas spana yang saiznya besar.Anda   mestilah  sentiasa   didalam.keadaan  seimbang  dan  tetap  bagi mengelakkan  daripada   tergelincir jika   sekiranya   spana   bergerak secara  tiba tiba.   Jika sekiranya ada  kemunkinan  anda  dari  jatuh, dapatkan  sesuatu  untuk   dipegang atau menahan.Gunakan kedua dua belah tangan anda bagi memutarkan spana jenis tubular box.Gunakan  dua  spana  seperti  rajah sebelah  untuk menahan kepala  bolt daripada   berpusing  apabila   nut diikat.Spana  soket digunakan dengan  alat penambah  (aksosoris) yang mana  ia mempunyi hujung pemandu segi empat.  Hujung   pemandu   dibuat   didalam rangkaian   saiz  dari  suku   inci segiempat    hingga    satu    inci segiempat.Oleh   kerana  aksosoris  dan  alat penambah  boleh  didapati   didalam berbagai   rangkaian,   set   soket adalah  alat  yang digunakan  untuk berbagai kegunaannya.

 
PENGENALAN DAN SAIZ PADA SPANA

 
Saiz  pada  spana  boleh  diketahui dengan  penyesuaian  oleh  nut  dan bolt   tersebut.    Jarak   lintang antara tepi rata pada nut atau bolt tergantong pada kedua-dua saiz  dan sistem bebenangnya.Ia  mempunyi  tiga sistem  bebenang perlu diambil kira.

 

 
*  BRITISH SYSTEM
Saiz   nominal  pada  bolt   adalah digunakan  untuk mengenalpasti saiz pada spana.Spana yang sesuai bagi bolt British Standard    yang   mempunyi    saiz setengah  inci  garispusat  nominal saiznya   (melintang  diatas   pada benangnya)   akan  mempunyi   tanda pengenalan 1/2 BS.Spana  yang sesuai bagi bolt  kerja berat    siri   British    Standard Whitworth  yang mempunyi saiz tujuh enam belas dari satu inci garispusat nominal  saiz akan  mempunyi  tanda pengenalan 7/16 W.Oleh itu spana siri BS 1/2 inci dan siri  W  7/16  inci  mempunyi  sais spana yang sama.Spana  British Association   dibuat bernombor  dan diikuti dengan huruf BA.

 

 
*  UNIFIED STANDARD SYSTEM
Spana bagi bolt Unified ditanda:

 
Mempunyi   nombor    berasaskan diatas  persamaan titik  perpuluhan pada    saiz   pecahan      nominal melintang  diantara tepi rata  pada segi enamnya   dan  diikuti   dengan tanda AF misalnya. 50 AF.atau   dengan   saiz    pecahan melintang  diantara  tepi rata  dan diikuti dengan tanda  AF,  Misalnya 1/2.

 

 
*  METRIC STANDARD SYSTEM
Spana    jenis   metric    mempunyi penandaan    dikedua   dua    belah rahangnya  dan diikuti dengan abjad mm. misalnya. 15 mm.

 

 

 
SPANA     BERLARAS     (ADJUSTABLE SPANNERS)
Kebanyakan  sepana  berlaras   yang paling  biasa  ada lah sama  dengan jenis  spana open end,  tetapi  ia mempunyi  satu  rahang  yang  boleh digerakan.     Spana    jenis   ini (gambar   sebelah)  mempunyi   saiz 250mm   ia boleh dilaraskan  rahang pada kosong hingga 28.5mm.Spana  berlaras ini  mempunyi  saiz panjangnya  yang  berangkaian  dari 100mm hingga 760mm.   Jenis seperti gambar   disebelah   mempunyai   set rahang  bersudut 22 1/2 darjah dari tangkainya.Spana berlaras amat mudah digunakan dan dibawa kemana mana dimana spana jenis  berset agak berat dan  susah dibawa kemereta tempat.Kegunaan  spana berlaras  digunakan apabila   spana  saiz  yang   tetap tiada boleh  didapati.Selain dari sebab ini ia  digunakan untuk saiz saiz yang ganjil.Gunakan spana berlaras dengan betul seperti  rajah  sebelah.   Pastikan pada  rahang yang  bergerak  berada disebelah arah pusingan.

 

 
SPANA BERCANGKOK 'C' ('C' HOOK)

 
Spana bercangkok "c" mempunyai mata lug    bagi   disesuaikan   didalam pemotongan lurah pada bahagian luar nut.   Permukaan "c" diletakan pada sebahagian  permukaan nut dan  arah yang hendak di pusingkan.Spana   bercangkok   "c"   berlaras mempunyai  bahagian bercangkok yang bersendi (pivots) bagi  disesuaikan dengan    nut   yang    berangkaian garispusatnya.    Ia mempunyai tiga set  bagi  melengkapi  kerja  kerja yang bergarispusat dari 19mm hingga 120mm.Jangan   sekali   kali   mengunakan wrench  atau  spana yamg  mempunyai saiz tidak sesuai.

 

 
SPANA  BAGI PERKERJAAN BERAT (HEAVY
DUTY)

 
a. Spana Podger
Spana  tersebut  adalah   mempunyai bentuk  tangkainya    yang panjang, bulat dan tirus. Batang yang  runcing itu  digunakan  untuk mendapatkan  penjajaran lobang pada kompenan yang perlu dibersambong.Spana  tersebut mempunyai bentuknya sama ada dalam ring atau terbuka.

 
b. Spana ketuk (Striking)
Spana  ketuk  mempunyai  rupabentuk yang kukuh dengan permukaan  batang bersegi    empat   untuk   ketukkan dibuat  dengan  mengunakan  penukul sledge atau club.   Ianya digunakan pada  membuka  nut yang  besar  dan ruang yang terhad.

 

 

 

 
WRENCHES

 
a.  WRENCHES STILLSON PIPE.

 
Alat  wrenches  in  digunaka  untuk kerja    kerja    mengancing    dan memusingkan    paip   yang  

 

 
b. WRENCHES FOOTPRINT PIPE

 
Ianya  digunakan  untuk  mengancing dan memusingkan paip dan bendakerja berbentuk   bulat.   Kususnya  pada tempat yang terhad.

 
c.  WRENCHES TENSION ATAU TORQUE

 
Alat wrenches ini bertindak sebagai peralatan    had    torque,    bagi memusingkan    nut   pada    darjah kemampuan bagi keketatanya.  Supaya dapat  mengelakan daripada bahagian pengancing   patah.    Ianya   juga digunakan  untuk    mengelakan berlakunya tidak seimbang pada alat komponen   yang  mengunakan   bahan pengancing   (Bolt)   yang   banyak dimana   berkemunkinan   berlakunya ikatan   yang  tidak  seimbang   umpamanya   Kepala  silinder   pada enjin.

 

 
d. WRENCHES SOKET SEGIENAM ATAU ALLEN

 
Alat  wrench  ini adalah dari  alat keluli  segienam  dan  dibengkokkan kebentuk   "L",   kadang  kala   ia dikenali sebagai ALLEN KEYIanya  digunakan  untuk  memutarkan sekeru  set  yang  mempunyai  soket dalam bersegi enam.